Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Modal Kerja - Lanjutan (“SJMK-L”)
Had Skim RM2.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan roll-over)
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan yang menyertai skim ini
Syarat Kelayakan Terbuka kepada syarikat PKS daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20.0 juta
Had Pembiayaan Minimum: RM100,000.00

Maksimum: Agregat pembiayaan RM5.0 juta untuk satu syarikat
Tujuan Pembiayaan Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi kewangan yang sama atau lain.

Institusi kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Kadar Faedah/Kadar Keuntungan/Komisyen/Fi

Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Jaminan ini

Sumber Dana Oleh institusi kewangan yang terlibat didalam Skim Jaminan ini
Jaminan Perlindungan 70 peratus oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan yang menyerati skim ini
Yuran Jaminan 1.0 peratus setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Jenis Kemudahan Pinjaman Pinjaman bertempoh (term loan/term financing), kemudahan overdraf (overdraft) dan pembiayaan perdagangan (trade facility)
Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan Sehingga sembilan (9) tahun atau sehingga 31 Disember 2025, yang mana lebih awal
Tempoh Ketersediaan /Tempoh Permohonan Permohonan dibuka dari 1 Januari 2016 atau sehingga had peruntukan skim berjumlah RM2.0 bilion dilanggan sepenuhnya, yang mana lebih awal
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua bank-bank komersil, bank-bank islam dan institusi-institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia