Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Modal Kerja – StartUp (“SJMK-SU”)
Had Skim RM200 juta
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan
Syarat Kelayakan
  • Mesti termasuk dalam definisi PKS
  • Syarikat sendirian berhad yang dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965, Pemilikan Tunggal atau Perkongsian
  • Bagi perniagaan yang berdaya maju (viable) - sekurang-kurangnya enam (6) bulan beroperasi
  • Lawatan tapak (site visit) adalah wajib dijalankan oleh institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan ini sebelum kelulusan pinjaman
Had Pembiayaan Minimum: RM50,000.00

Maksimum: RM500,000.00
Tujuan Pembiayaan Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi kewangan yang sama atau lain.

Institusi kewangan yang menyertai skim ini bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Kadar Faedah/Kadar Keuntungan/Komisyen/Fi Akan ditentukan oleh institusi-institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan ini
Jenis Pembiayaan Pinjaman bertempoh (term loan/term financing), kemudahan overdraf (overdraft) dan pembiayaan perdagangan (trade facility)
Sumber Dana Oleh institusi-institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan ini
Jaminan Perlindungan 70% oleh Kerajaan Malaysia ke atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan ini
Yuran Jaminan 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan 9 tahun atau sehingga 31 Disember 2025, yang mana lebih awal
Tempoh Ketersediaan /Tempoh Permohonan Permohonan dibuka dari 1 Jun 2017 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ratus Juta (RM200 juta) habis digunakan, yang mana lebih awal
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua bank-bank komersil, bank-bank islam dan institusi-institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia