Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir (“SJPBB”)
Had Skim RM500.0 Juta sahaja
Objektif Untuk membantu memulihkan syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) yang terjejas di daerah yang dikenalpasti oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai kawasan bencana banjir seperti senarai berikut:

Johor
Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Kulaijaya, Ledang, Muar, Pontian dan Segamat

Kedah
Bandar Baharu, Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim, Padang Terap dan Pendang

Kelantan
Bachok, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat

Pahang
Bera, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Rompin dan Temerloh

Perak
Hilir Perak, Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah

Sabah
Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas

Sarawak
Kuching, Limbang, Mukah dan Samarahan

Terengganu
Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu
Syarat Kelayakan Terbuka kepada semua syarikat PKS Bumiputera dan Bukan Bumiputera berdaya maju daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan jumlah ekuiti pegangan saham kurang daripada RM20.0 juta.

Rujukan kepada garis panduan bagi definisi baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
Had Pembiayaan Minimum: RM50,000.00 sahaja;

Maksimum: Agregat pembiayaan RM2.0 Juta untuk satu syarikat
Tujuan Pembiayaan Modal kerja (working capital), pembiayaan operasi (OPEX) dan perbelanjaan modal (CAPEX) untuk penggantian mesin/ peralatan yang rosak. Pembiayaan ini tidak boleh digunakan sebagai pembiayaan semula (refinancing) pinjaman-pinjaman sediaada di Institusi Kewangan yang sama atau lain.

Institusi Kewangan yang terlibat bersama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan peminjam mengikut polisi penilaian kredit dan prosedur masing-masing.
Kadar Faedah/Kadar Keuntungan/Komisyen/Fi Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat
Sumber Dana Oleh institusi kewangan yang terlibat
Jaminan Perlindungan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat
Yuran Jaminan 0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan Sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2020, yang mana lebih awal
Tempoh Ketersediaan /Tempoh Permohonan Permohonan dibuka selama enam (6) bulan dari 1 April 2015 atau sehingga kelulusan pinjaman berjumlah Ringgit Malaysia Lima Ratus Juta (RM500 juta) sahaja, yang mana lebih awal
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua bank-bank tempatan dan asing termasuk institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia