Bahasa Malaysia | English

i.  Syarikat PKS yang berdaya maju daripada semua sektor.

*Garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana untuk semua sektor dengan definisi yang berikut:
  • Jualan daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM20 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain sektor
  • Jualan daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM50 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja untuk sektor pembuatan
ii. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan/atau Akta Syarikat 2016.
iii. Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia untuk sepanjang tempoh SJPA.
iv. Jumlah ekuiti pegangan saham tidak melebihi RM20 juta berdasarkan laporan kewangan beraudit selewat-lewatnya 18 bulan dari tarikh permohonan pembiayaan.