Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan (“SJSP”)
Had Skim RM5.0 Bilion sahaja (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan roll-over)
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dalam sektor perkhidmatan untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan
Syarat Kelayakan Terbuka kepada semua syarikat PKS daripada semua sektor perkhidmatan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia

Garis panduan bagi definisi baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana untuk sektor perkhidmatan - jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Senarai sektor perkhidmatan seperti di Lampiran
Had Pembiayaan Minimum: RM100,000.00 sahaja; dan

Maksimum: Agregat pembiayaan RM5.0 Juta untuk satu syarikat
Tujuan Pembiayaan Modal kerja (working capital) dan perbelanjaan modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi kewangan yang sama atau lain.

Institusi kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Kadar Faedah/Kadar Keuntungan/Komisyen/Fi Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat
Sumber Dana Oleh institusi kewangan yang terlibat
Jaminan Perlindungan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat
Yuran Jaminan 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan Sehingga sembilan (9) tahun atau sehingga 31 Disember 2025, yang mana lebih awal
Tempoh Ketersediaan /Tempoh Permohonan Permohonan dibuka dari 1 April 2015 atau sehingga had peruntukan skim berjumlah RM5.0 Bilion dilanggan sepenuhnya, yang mana lebih awal
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua bank-bank tempatan dan asing termasuk institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia