localhost

SJPP adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Peranan SJPP adalah untuk mentadbir dan menguruskan dua skim jaminan iaitu Skim Jaminan Modal Kerja ("SJMK") dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri ("SJPSI") dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009. Pakej rangsangan tersebut diwujudkan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur asing dan tempatan dalam ekonomi Negara.
Kedua-dua skim telah memainkan peranan yang penting dalam memulihkan ekonomi Negara pada 2009.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan tambahan RM3.0 bilion ke SJMK. Kerajaan Malaysia berharap dengan adanya skim jaminan ini, institusi-institusi kewangan akan terus dapat memberikan kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat dalam sektor-sektor yang berkenaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Negara yang lebih maju.
 

Mengenai SJPP

SJPP ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia khusus untuk membolehkan syarikat-syarikat terus mendapatkan kemudahan pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan.

Pengumuman

Tempoh permohonan bagi syarikat Bumiputera telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012.

Permohonan bagi Syarikat Bukan Bumiputera ditutup.

 

 

 

 

 

Statistik SJPP

10MP WCGS Scheme
Bumiputera Limit - RM1.5 Billion

Total Loan Approved (RM’ Million)
545
486.47



Non-Bumiputera Limit - RM1.5 Billion

Total Loan Approved (RM’ Million)
2245
1,430.10


WCGS Scheme
Working Capital Guarantee Scheme

Ditutup pada 26 Oktober 2009

IRFGS Scheme
Industry Restructuring Financing Guarantee Scheme

Ditutup pada 31 December 2010

You are here  : Laman Utama