Bajet 2017: Kerajaan peruntuk RM75j pacu pembangunan PKS

Berita Harian Online

21 Oktober 2016

BAJET 2017: KERAJAAN PERUNTUK RM75J PACU PEMBANGUNAN PKS

Selain itu, jaminan sehingga RM15 bilion bagi pelbagai skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) akan dilanjutkan tempohnya sehingga tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, hari ini.

"Kerajaan sudah mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun Startup & Promotion (Tahun syarikat permulaan dan promosi) sesuai dengan peranan PKS yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh negara," katanya.

Menurut Najib, sebagai tambahan untuk melonjakkan PKS berorientasikan eksport, kerajaan akan memberi rebat kadar faedah sebanyak dua peratus kepada peminjam di bawah skim SJPP berkenaan.

Perdana Menteri berkata, rebat itu dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul sebanyak RM1 bilion yang membabitkan peruntukan RM100 juta bagi tempoh lima tahun.

– BERNAMA 

Web source: http://www.bharian.com.my/node/204531