IR4.0 terima lonjakan dalam belanjawan 2019 – MITI

Bernama

2 November 2018

IR4.0 terima lonjakan dalam belanjawan 2019 – MITI

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) negara menerima lonjakan apabila mendapat peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2019, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darrell Leiking.

Beliau berkata peruntukan tersebut akan menggalakkan peralihan syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana kepada IR4.0 untuk meningkatkan tahap daya saing dan produktiviti mereka.

“Ini merupakan kali pertama penekanan terhadap IR4.0 dimasukkan dalam komponen belanjawan kerajaan, dan peruntukan ini akan digunakan untuk terus memacu industri tempatan,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini, sebanyak RM210 juta disediakan bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 untuk menggalak peralihan kepada Industri 4.0, selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 atau Industry4WRD yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau berkata, Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program ‘Readiness Assessment’ untuk membantu 500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0.

Lim turut berkata, RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi menggalak PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan yang merupakan komponen Industri 4.0.

Beliau berkata, kerajaan akan memberikan jaminan pembiayaan sehingga 70 peratus.....

Web source: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1661085