Kerajaan sasar defisit fiskal 2.8 peratus tahun ini - Lim

Bernama

21 August 2018

Kerajaan sasar defisit fiskal 2.8 peratus tahun ini - Lim


Menteri Kewangan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited terhadap usaha konsolidasi fiskal jangka panjang dan menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sasaran itu akan dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai pendekatan termasuk tindakan membatalkan serta menangguhkan perbelanjaan tidak penting kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“Kerajaan yakin dapat menjimatkan lebih banyak wang pada masa depan, terutamanya selepas bertindak menjadikan usaha pemerolehan yang lebih telus menerusi langkah mempertingkatkan proses tender secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

SJPP merupakan pentadbir serta pengurus skim jaminan kredit di bawah Kementerian Kewangan.....

Web source: http://bernama.com/bm/news.php?id=1634722