Pembangunan automasi dapat peruntukan khusus

Berita Harian Online

27 Oktober 2017

PEMBANGUNAN AUTOMASI DAPAT PERUNTUKAN KHUSUS

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 menyaksikan pembangunan automasi dan teknologi terus mendapat tumpuan istimewa menerusi peruntukan khusus yang memangkin penerapan automasi dalam pengeluaran tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan penggajian pekerja asing, sebanyak RM1 bilion disediakan dengan pinjaman 70 peratus jaminan kerajaan di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Katanya, RM100 juta lagi disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

"Bahkan RM200 juta lagi akan disediakan bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah SME Corp.

"Hampir RM82 juta pula bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi," katanya.

Web source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/342640/pembangunan-automasi-dapat-peruntukan-khusus