RM500 Juta Untuk Kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo

Bernama Online

14 Ogos 2017

RM500 JUTA UNTUK KONTRAKTOR LEBUH RAYA PAN BORNEO

KUCHING, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 50 subkontraktor Bumiputera projek Lebuh Raya Pan Borneo akan memanfaat pembiayaan berjumlah RM500 juta hasil kolaborasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dengan empat institusi kewangan.

Menerusi kolaborasi itu, empat institusi kewangan terlibat akan menyediakan dana khas iaitu RHB Islamic Bank Berhad dan SME Bank Berhad untuk membiayai kontrak, manakala kemudahan khas jaminan pinjaman akan disediakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Majlis bertukaran dokumen kolaborasi itu telah diadakan di sini hari ini dengan disaksikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan dan Industri Kecil Sederhana Sarawak Datuk Naroden Majais.

Teraju diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Datuk Husni Salleh, SME Bank Berhad diwakili ketua pegawai operasinya Datuk Kamaluddin Ismail, RHB Islamic Bank Berhad oleh pengarah urusan dan CEOnya Datuk Adissadikin Ali manakala Credit Guarantee Corporation diwakili oleh presiden dan CEOnya Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak sementara SJPP diwakili oleh pengarah urusannya Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Fadillah yang juga pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sarawak ketika berucap pada majlis pertukaran dokumen kolaborasi itu berkata program itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan jaminan dan kewangan bagi syarikat Bumiputera yang menjalankan kerja pakej subkontrak bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo.....

Web source: N/A