SJPP-UOB Bizmoney tawar pinjaman bebas cagaran sehingga RM1 Juta

Bernama

21 August 2018

SJPP-UOB Bizmoney tawar pinjaman bebas cagaran sehingga RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) hari ini memeterai perjanjian dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) untuk menawarkan pembiayaan terjamin kerajaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Wong Kim Choong berkata menerusi perjanjian itu PKS berpeluang mendapat pinjaman bebas cagaran sehingga RM1 juta melalui penyelesaian kewangan SJPP-UOB BizMoney.

Jumlah itu merupakan dua kali ganda jumlah yang disediakan kepada pelanggan sedia ada di bawah pakej UOB BizMoney. SJPP akan menjamin sehingga 70 peratus daripada pinjaman melalui Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan.

”Menurut penyelidikan kami, lebih separuh daripada PKS Malaysia menjangka akan meningkatkan pendapatan mereka pada 2018. Walaupun sebahagian besar daripada mereka ingin berkembang ke luar negara, kebanyakan mereka juga merancang untuk melabur dalam infrastruktur teknologi yang dapat membantu mendorong prestasi perniagaan mereka.

“Kami juga membantu PKS meningkatkan produktiviti supaya mencapai pertumbuhan dalam perniagaan mereka. Dengan menyediakan penyelesaian digital berskala, seperti UOB SmartBusiness 4, kami membantu menyelaras dan mengautomasikan sistem dan proses pentadbiran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata UOB Malaysia turut menawarkan pelbagai penyelesaian pembiayaan berjangka kepada PKS bagi memenuhi keperluan modal kerja atau untuk membiayai aset tetap.....

Web source: http://bernama.com/bm/news.php?id=1634733