Skim SJPP sedia pembiayaan RM30 bilion sejak 2009

Bernama

21 August 2018

Skim SJPP sedia pembiayaan RM30 bilion sejak 2009

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, bekerjasama dengan pelbagai institusi kewangan bagi menyediakan pembiayaan kira-kira RM30 bilion menerusi pelbagai skim, sejak ditubuhkan pada 2009.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM12.9 bilion telah dibelanjakan, manakala RM9.4 bilion lagi terjamin di bawah SJPP.

SJPP merupakan pentadbir dan pengurus skim jaminan kredit di bawah Kementerian Kewangan.

“Ia merupakan kaedah lebih menjimatkan untuk kerajaan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang kukuh, dengan kerajaan hanya membelanjakan RM290 juta untuk menyokong jaminan SJPP, sejak 2009.

“Pinjaman tidak berbayar membabitkan perbelanjaan RM12.9 bilion setakat ini adalah rendah pada 2.3 peratus, dan pada masa sama, skim jaminan terpilih oleh SJPP ini mampu mempunyai kadar pengganda sehingga 32.8 kali bagi perbelanjaan langsung kerajaan.

Lim berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara SJPP dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.....

Web source: http://bernama.com/bm/news.php?id=1634778