Selamat datang ke SJPP: Skim Jaminan oleh Kerajaan Malaysia

Syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana ("PKS") memerlukan
aliran tunai yang mencukupi untuk bersaing dan berdaya maju dalam ekonomi hari ini.
Kekurangan dari aspek cagaran merupakan cabaran kepada syarikat-syarikat PKS bagi
mendapatkan pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan.

Skim-skim jaminan kerajaan yang diuruskan oleh SJPP membolehkan syarikat-syarikat PKS
menangani halangan ini sebagai penyelesaian alternatif bagi syarikat-syarikat PKS yang tidak
mempunyai cagaran yang mencukupi.

 


Highlight #1 Highlight #2 Highlight #3 Highlight #4 Highlight #5

 


Skim-skim Khas untuk COVID-19

Kerajaan Malaysia berterusan menyokong PKS yang terkesan akibat COVID-19. Bagi tahun 2021, Skim ‘SME Automation and Digitalisation Facility’ (ADF), Skim ‘Agrofood Facility’ (AF), Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PPP), Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) masih dibuka dan boleh membuat permohonan melalui institusi-institusi kewangan atau Syarikat Pembiayaan Sewa Beli dan Kredit yang terlibat.

Klik setiap Skim untuk maklumat lanjut.

logo trrf ss cvd19 logo af logo logo ptf logo-bthprs3-bm

Video Pengenalan
(Dalam Bahasa Inggeris)

Bantuan Pembiayaan Perniagaan buat Usahawan Malaysia

Tahun 2020 telah memberi cabaran hebat kepada para usahawan Bumiputera dan syarikat-syarikat perniagaan kecil dan sederhana (PKS) atau SME dimana syarikat-syarikat PKS memerlukan pinjaman perniagaan dan bantuan kewangan tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan kredit dari pihak Bank dan institusi-institusi kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan ini disebabkan oleh risiko berkaitan dengan keupayaan pembayaran balik oleh syarikat-syarikat PKS atau SME Bumiputera ini.

Oleh itu, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, telah ditubuhkan untuk memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan syarikat-syarikat PKS dan juga usahawan-usahawan Bumiputera dengan institusi-institusi kewangan, di mana jaminan kerajaan diberikan kepada pihak institusi-institusi kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan pembiayaan kepada para usahawan dan syarikat-syarikat PKS atau SME yang layak untuk mendapatkan aliran tunai yang diperlukan.

Kekurangan cagaran kini bukan lagi suatu halangan bagi syarikat-syarikat PKS atau SME kerana kemudahan-kemudahan pembiayaan mereka boleh dijamin oleh Kerajaan, demi memudahkan akses kepada aliran tunai yang diperlukan untuk terus kekal dan berdaya maju dalam perniagaan mereka.

SJPP juga menawarkan skim-skim jaminan lain untuk kemudahan bantuan perniagaan seperti Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PPP), Skim ‘Special Relief Facility’ (SRF), Skim ‘SME Automation and Digitalisation Facility’ (ADF) dan Skim ‘Agrofood Facility’ (AF), yang boleh didapati di semua institusi-institusi kewangan yang terlibat. SJPP juga menawarkan skim usahawan permulaan yang boleh digunapakai oleh para usahawan yang baru memulakan perniagaan dan telah beroperasi di antara 6 bulan sehingga 2 tahun.

Skim pinjaman kerajaan adalah antara bantuan pembiayaan oleh kerajaan yang telah terbukti bukan sahaja penting buat para usahawan Bumiputera dan perniagaan kecil-kecilan bagi mendapatkan pinjaman bank ketika berlakunya krisis ekonomi, malahan ia juga boleh dianggap sebagai talian hayat aliran tunai bagi syarikat-syarikat PKS di dalam pelbagai industri seperti Industri Pemakanan & Minuman, Pelancongan serta Industri Runcit. Kerajaan mengambil prihatin tentang kesulitan terutama bagi perniagaan-perniagaan yang terjejas dan mengalami kerugian besar apabila Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020. Syarikat-syarikat perlu mengambil inisiatif-inisiatif dan langkah-langkah yang diperlukan untuk memperbaharui strategi perniagaan, mempertingkatkan penggunaan teknologi dan proses-proses automasi serta mengalih proses kerja ke arah landasan digital. Penambahbaikan ini akan memakan kos, dan sumber aliran tunai yang diperlukan boleh didapati dari bantuan pinjaman perniagaan kerajaan.

Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula PKP.

Selain daripada syarikat-syarikat PKS dan usahawan persendirian, bantuan jaminan kerajaan ini juga boleh dipohon oleh syarikat-syarikat yang baru bermula, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat pembuatan mahupun pemilik francais. Skim-skim jaminan kerajaan yang diuruskan oleh SJPP terbuka kepada semua syarikat-syarikat PKS di Malaysia, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma kelayakan.

Sama ada perniagaan anda ingin berkembang dan memerlukan bantuan pembiayaan, ingin menambahbaikan aliran tunai atau pulih dari kerugian - inilah penyelesaian yang anda nantikan.

 

6 Skim
Semua Industri dan Sektor

 

b-sjmk-1.png b-sjmk-su-1.png b-sjmk-b-1.png
Skim Jaminan Modal Kerja Skim Jaminan Modal Kerja - Start Up Skim Jaminan Modal Kerja - Bumiputera
Had Pembiayaan:
RM100,000 - RM10.0 juta
Had Pembiayaan:
RM50,000 - RM500,000
Had Pembiayaan:
RM100,000 - RM3.0 juta
Yuran Jaminan:
1.0 % setahun
Yuran Jaminan:
0.75 % setahun
Yuran Jaminan:
0.75 % setahun
Jaminan Perlindungan:
70%
Jaminan Perlindungan:
70%
Jaminan Perlindungan:
80%
b-sjmk-1-maklumat.png b-sjmk-su-1-maklumat.png b-sjmk-b-1-maklumat.png

 

Skim Jaminan Modal Kerja - Eksport Skim Jaminan Modal Kerja - Wanita Skim Jaminan Automasi & Digital
Had Pembiayaan:
RM100,000 - RM10.0 juta
Had Pembiayaan:
RM100,000 - RM1.0 juta
Had Pembiayaan:
RM100,000 - RM10.0 juta
Yuran Jaminan:
0.75 % setahun
Yuran Jaminan:
0.75 % setahun
Yuran Jaminan:
0.75 % setahun
Jaminan Perlindungan:
80%
Jaminan Perlindungan:
80%
Jaminan Perlindungan:
80%

 

Muat turun risalah kami >

 

 

 

Institusi-Institusi Kewangan Terlibat

 

Anugerah Prestasi Terbaik 2019

logo trophy rhb logo uob logo maybank logo Logo bank Logo bank Logo bank

 

Anugerah Pengiktirafan Khas 2019

Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank

 

 

Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank
       
Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank
       
Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank
       
Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank
       
Logo bank Logo bank Logo bank Logo bank
       
Logo bank Logo bank logo ocbc bank logo ocbc al amin bank
       
public bank public islamic bank rhb bank rhb islamic
       
sme logo standard chartered standard chartered saadiq uob logo

 

Lihat senarai penuh institusi-institusi kewangan yang terlibat >

Alamat Korporat

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (851317-W)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia

Telefon: +603 2096 5000
Faks: +603 2096 8981
E-mel: esjpp@prokhas.com.my
Laman web: www.sjpp.com.my

Pautan

logo mof   logo prokhas     logo sme corp
logo smeinfo   logo danajamin
logo egls