Tambah had siling pembiayaan skim jaminan – Muhyiddin

Berita Harian

28 June 2021

Tambah had siling pembiayaan skim jaminan – Muhyiddin


https://www.youtube.com/watch?v=qcpxNHpGpt4

KUALA LUMPUR: Kerajaan meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) sebanyak RM20 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM56.5 bilion diperuntukkan bagi menyokong sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan.

"Sebagai langkah berterusan untuk membantu sektor PKS kekal relevan dan berdaya saing, SJPP meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan sebanyak RM10 bilion bagi tahun ini kepada RM36.5 bilion.

"Sehingga 24 Jun lalu, SJPP memberi jaminan bagi pembiayaan bernilai RM33.4 bilion kepada lebih 45,000 syarikat PKS," katanya dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini. - Foto BERNAMA/PMO

 

Web source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/833171/tambah-had-siling-pembiayaan-skim-jaminan-muhyiddin