Skim Jaminan Harta Intelek (SJHI)
Image
  • Nama Skim:
    Skim Jaminan Harta Intelek (SJHI)
  • Objektif:
    Untuk membantu syarikat-syarikat yang mempunyai Harta Intelek untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan dan seterusnya memupuk inovasi dan meningkatkan produktiviti
  • Had Skim:
    RM1.5 bilion
  • Kelayakan:
    Terbuka kepada syarikat-syarikat dimana Harta Inteleknya didaftarkan dan dinilai dengan MyIPO dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan/ atau Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20.0 juta
  • Tujuan Pembiayaan:
    Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang sama atau lain.

    Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
  • Jaminan Perlindungan:
    Jaminan 80% oleh Kerajaan Malaysia ke atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM100,000.00 sahaja
    Maksimum: RM5.0 juta sahaja
  • Tempoh Jaminan:
    Selama tiga belas (13) tahun atau sehingga 31 Disember 2030, yang mana lebih awal
  • Kadar Faedah/ Keuntungan:
    Ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i dan Pembiayaan Perdagangan
  • Institusi Kewangan Yang Terlibat:
    Terbuka kepada semua Bank Komersil, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
  • Sumber Dana:
    Oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Ketersediaan/ Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 1 Januari 2018 dan selepas penggunaan penuh had Skim sehingga Ringgit Malaysia Satu Bilion Lima Ratus Juta (RM1.5 bilion) sahaja atau sehingga tamat tempoh Jaminan pada 31 Disember 2030, yang mana lebih awal