Skim Jaminan Kerajaan MADANI (GGSM)
- Objektif Skim:
Untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Bersaiz Pertengahan (MSC) Malaysia dengan menyediakan jaminan Kerajaan kepada Institusi- institusi Kewangan yang terlibat untuk pembiayaan yang disediakan untuk semua sektor ekonomi terutamanya kepada empat (4) sektor berikut:- Teknologi Tinggi
- Pertanian
- Pembuatan
- Pelancongan
- Tempoh Jaminan:
Sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
- Kelayakan:
Terbuka kepada semua entiti (PKS dan Syarikat Bersaiz Pertengahan) dari pelbagai sektor dengan jualan tahunan tidak melebihi RM500 juta berdasarkan akaun yang diaudit (atau penyata cukai pendapatan di mana berkenaan) untuk mana-mana tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2019 atau yang terbaru:- Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
- Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau
- Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia
Diperbadankan di bawah:- Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
- Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak; atau
- Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional
Tidak termasuk:- Entiti yang disenaraikan di Papan Utama, Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs) dan Perusahaan milik Kerajaan Negeri
- Anak syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% saham entiti, yang disebut dalam perkara diatas
- Penjawat awam, yang sedang dalam perkhidmatan, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan – Majikan/ Ketua Jabatan
- Tempoh Permohonan:
Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2024
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
Kedua-duanya untuk Pembiayaan Baru.
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i
- Had Pembiayaan:
Sehingga RM30.0 juta bagi setiap syarikat untuk 4 sektor di bawah::- Teknologi Tinggi
- Pertanian
- Pembuatan
- Pelancongan
Sehingga 20 juta setiap syarikat untuk semua sektor lain.
*Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk skim ini.
- Jaminan Perlindungan:
- Jaminan sehingga 90% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi bagi 4 sektor utama. Had pembiayaan yang layak untuk jaminan pembiayaan 90% akan dihadkan kepada RM10.0 juta bagi setiap syarikat.
- Sehingga 80% untuk semua sektor lain.
- Yuran Jaminan:
- Skim-skim Pembiayaan BNM: 0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- 4 sektor fokus: 0.75 setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sektor-sektor lain: 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2%