Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2026 (GGSM4)

Logo SJPP Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2026 GGSM4

  • Had Skim
    RM30 bilion
  • Objektif Skim:

    Bagi Syarikat Pertengahan:
    Untuk menyediakan akses pembiayaan kepada Syarikat Pertengahan (Mid-Tier Companies atau MTC) dengan memberikan jaminan Kerajaan kepada Institusi Kewangan (IK) yang terlibat. Sokongan ini difokuskan kepada segmen / industri / sektor utama berikut:
    1. Syarikat Pertengahan Berorientasikan Eksport
      Syarikat pertengahan berorientasi eksport termasuk yang mengembangkan ke pasaran baharu.

    Bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS):
    Untuk menyediakan akses pembiayaan kepada PMKS dengan memberikan jaminan Kerajaan kepada IK yang terlibat. Tumpuan khusus diberikan kepada segmen / industri / sektor:
    1. Bumiputera
    2. Halal
    3. Pelancongan
    4. Sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (HGHV)*
    5. Sektor keutamaan lain merangkumi perniagaan berteknologi tinggi, pembuatan dan perniagaan berasaskan agro.

      *Sektor-sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi
      Termasuk sektor-sektor dibawah "High Growth High Value" (HGHV) seperti yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Pelan Induk Perindustrian Baharu dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara - Sektor-sektor fokus merangkumi:
      1. Semikonduktor dan Elektrikal & Elektronik (E&E)
      2. Pembuatan Termaju
      3. Digital & Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI)
      4. Aeroangkasa
      5. Bahan Kimia & Bahan Khusus
      6. Teknologi Hijau & Peralihan Tenaga
      7. Peranti Perubatan & Sains Hayat
  • Kelayakan:
    • Terbuka kepada syarikat pertengahan (MTC) dalam sektor / industri yang berkaitan dengan hasil tahunan tidak melebihi RM500 juta (takrif MTC yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti dalam MSME and MTC 5-Year Roadmap 2024 dan diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan klasifikasi MATRADE ), dan PMKS daripada semua sektor (rujukan kepada garis panduan takrifan PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan),
    • Perniagaan milikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
    • Perniagaan perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia; atau
    • Sekurang-kurangnya 51% saham dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia.

    Didaftarkan di bawah:
    • Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) Akta Syarikat (1965 / 2016) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; atau
    • Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak; atau
    • Badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.

    Tidak termasuk:
    • Entiti tersenarai awam (kecuali di Pasaran ACE atau Pasaran LEAP di Bursa Malaysia), syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) dan perusahaan milik Kerajaan Negeri,
    • Anak syarikat yang sekurang-kurangnya 51% pegangan sahamnya dimiliki oleh entiti yang dirujuk dalam perkara (i) di atas,
    • Entiti perniagaan yang pemegang saham / pengarah / pemiliknya terdiri daripada penjawat awam yang masih berkhidmat, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan / Ketua Jabatan.
  • Tujuan Pembiayaan:
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal

    Kedua-dua tujuan pembiayaan adalah terhad kepada pembiayaan baharu sahaja. Skim ini tidak boleh diguna pakai untuk membiayai semula mana-mana kemudahan pembiayaan sedia ada yang diberikan oleh IK yang sama atau mana-mana IK yang lain.
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf / Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan / Kemudahan Pusingan-i, Sewa Beli / Sewa Beli Perindustrian dan Kemudahan Pembiayaan Perdagangan / Pembiayaan Perdagangan-i termasuk Nota Janji Bayar / Nota Janji Bayar-i, serta Jaminan Bank / Jaminan Bank-i.
  • Had Pembiayaan*:
    • Sehingga RM30.0 juta bagi setiap syarikat MTC
    • Sehingga RM20.0 juta bagi setiap syarikat PMKS

    *Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had agregat kumpulan tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk Danajamin Prihatin Guarantee Scheme (DPGS), Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan dan pihak-pihak berkaitan.
  • Jaminan Pembiayaan:
    • Syarikat MTC:
      Sehingga 70% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
    • PMKS:
      • Sektor Fokus: Sehingga 80% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
      • Semua sektor dan industri lain: Sehingga 70% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
  • Yuran Jaminan:
    • Kadar pembiayaan dana Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi kewangan pada 0% setahun: 0.50% setahun, perlu dijelaskan terlebih dahulu.
    • Sektor HGHV dan sektor / segmen fokus yang dikenal pasti khusus seperti yang dinyatakan di atas untuk PMKS: 0.75% setahun, perlu dijelaskan terlebih dahulu.
    • Syarikat MTC dan sektor-sektor lain: 1.0% setahun, perlu dijelaskan terlebih dahulu.
  • Tempoh Jaminan:
    Sehingga tujuh (7) tahun
  • Kadar Faedah / Keuntungan:
    Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2.0%.
  • Pembiayaan yang Dibiayai atau Diberi Insentif oleh Kerajaan:
    Pembiayaan yang diberikan daripada dana yang disediakan (sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman) dan / atau disubsidi oleh Kerajaan Malaysia, serta pembiayaan yang menerima sebarang insentif lain daripada Kerajaan Malaysia, adalah tidak layak untuk skim jaminan ini.
  • Tempoh Permohonan:
    Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2027 atau sehingga had skim digunakan sepenuhnya, yang mana lebih awal.