Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS)

  • Had Skim:
    RM30.0 bilion
  • Tempoh Permohonan Jaminan:
    Dibuka sehingga had peruntukan skim berjumlah RM30.0 bilion habis diguna pakai.
  • Tujuan Pembiayaan:
    • Untuk pembiayaan baru;
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada; dan/ atau modal kerja tambahan
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i
  • Tempoh Jaminan:
    • Untuk pembiayaan baru: Sehingga 10 tahun
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada: 3 tahun, termasuk moratorium sehingga 12 bulan
    • Untuk modal kerja tambahan: Sehingga 10 tahun
  • Kelayakan:
    Terbuka kepada semua entiti (PKS dan syarikat bersaiz pertengahan) dari pelbagai sektor termasuk pelancongan dan sektor berkaitan, dengan jualan tahunan tidak melebihi RM500.0 juta berdasarkan akaun yang diaudit (atau penyata cukai pendapatan di mana berkenaan) untuk mana-mana tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2019 atau yang terbaru:
    • Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
    • Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau
    • Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia

    Diperbadankan di bawah:
    • Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
    • Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak
    • Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional

    Tidak termasuk:
    • Entiti yang disenaraikan di Papan Utama; dan
    • Subsidiari bagi:
      • Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
      • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs);
      • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
      • Perusahaan milik Kerajaan Negeri
  • Had Pembiayaan*:
    • Untuk kemudahan pembiayaan baru: Sehingga RM20.0 juta bagi setiap syarikat
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada dan/ atau modal kerja tambahan (Sehingga RM20.0 juta). Had kumpulan sehingga RM50.0 juta sahaja

    *Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50.0 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk DPGS, SRSBBT dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan, dan pihak-pihak berkaitan
  • Jaminan Perlindungan:
    • Untuk Pembiayaan Baru: Sehingga 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada:
      1. Jaminan perlindungan ditentukan seperti berikut:
        • Jaminan Perlindungan = A X B X C, dimana:
          A = 80%
          B = 36 bulan (3 tahun)
          C = Purata jumlah ansuran bulanan yang dibayar pada Tahun Kedua dan Tahun Ketiga penstrukturan semula kemudahan pembiayaan
    • Untuk modal kerja tambahan: Sehingga 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    • Untuk Pembiayaan Baru: 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada dan/ atau modal kerja tambahan: 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sumber Dana:
    Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan:
    • Untuk Pembiayaan Baru: Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2.0%
    • Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada: Tidak melebihi faedah/ keuntungan kemudahan sedia ada, sebelum penstrukturan semula
    • Untuk modal kerja tambahan: Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2.0%

Nota:

  • Terma dan syarat lain mungkin dikenakan, bergantung kepada penilaian Institusi-institusi Kewangan dan SJPP
  • Pengecualian Duti Setem ke atas penstrukturan semula, sehingga 31 Disember 2022 sahaja