Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)

Image
  • Had Skim
    RM27.5 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
  • Tempoh Jaminan
    Sehingga 15 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
  • Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 1 Januari 2016 dan ditutup selepas penggunaan penuh had Skim sehingga RM27.5 bilion sahaja atau sehingga tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
  • Tujuan Pembiayaan
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM100,000.00 sahaja
    Maksimum: RM10.0 juta sahaja
  • Jaminan Perlindungan
    Jaminan 70% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan
    1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sumber Dana
    Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat