Kelayakan
Image

Syarikat-syarikat PKS dalam semua sektor atau industri

Bukan Sektor Pembuatan
Syarikat-syarikat PKS dengan jualan tidak melebihi RM20.0 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang

Sektor Pembuatan
Syarikat-syarikat PKS dengan jualan tidak melebihi RM50.0 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang

Tidak termasuk:

  • Entiti yang disenaraikan di Papan Utama
  • Subsidiari bagi:
    • Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
    • Syarikat multinasional (MNCs);
    • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs);
    • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
    • Perusahaan milik Kerajaan Negeri

 

Image

Diperbadankan di bawah:

  • Akta Perniagaan 1956
  • Akta Syarikat 1965 atau 2016
  • Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
  • Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak
  • Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional
Image

Pegangan Saham:

  • Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh Bumiputera untuk SJMK-B
  • Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh wanita warganegara Malaysia untuk SJMK-W
Image

Kelayakan-kelayakan tambahan:

  • Syarikat-syarikat permulaan PKS yang memohon mestilah beroperasi sekurang-kurangnya antara 6 bulan hingga 2 tahun untuk SJMK-SU
  • Lawatan tapak mandatori akan dijalankan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat sebelum kelulusan pembiayaan untuk SJMK-SU
  • Sekurang-kurangnya 30% dari perolehan adalah berasaskan eksport untuk SJMK-X