Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan (SJSP)

- Nama Skim:
Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan (SJSP)
- Objektif:
Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dalam sektor perkhidmatan untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
- Had Skim:
RM7.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
- Kelayakan:
Terbuka kepada semua syarikat-syarikat PKS daripada semua sektor perkhidmatan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan/ atau Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan jumlah ekuiti pegangan saham kurang daripada RM20 juta.
(Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana untuk sektor perkhidmatan - jualan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang)
- Tujuan Pembiayaan:
Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang sama atau lain.
Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
- Jaminan Perlindungan:
Jaminan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
- Had Pembiayaan
Minimum: RM100,000.00 sahaja
Maksimum: RM5.0 juta sahaja
- Tempoh Jaminan:
Selama 13 tahun atau sehingga 31 Disember 2030, yang mana lebih awal
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i dan Pembiayaan Perdagangan
- Institusi Kewangan Yang Terlibat:
Terbuka kepada semua Bank Komersil, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
- Sumber Dana:
Daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
- Ketersediaan/ Tempoh Permohonan Jaminan
Dibuka dari 1 April 2015 dan selepas penggunaan penuh had Skim sehingga Ringgit Malaysia Tujuh Bilion (RM7.0 bilion) sahaja atau sehingga tamat tempoh Jaminan pada 31 Disember 2030, yang mana lebih awal