Sprint Logistics (M) Sdn Bhd
Image

Bagaimanakah anda memulakan perniagaan ini?
Saya mula bekerja di industri pembinaan tetapi disebabkan oleh krisis kewangan pada tahun 1997, syarikat itu terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan.

Kemudian saya bekerja dengan sebuah syarikat logistik untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman serta membina rangkaian saya sebelum memulakan Sprint Logistics pada tahun 2005. Kami telah berkembang sejak itu, daripada 2 hingga kini 25 kakitangan dan beberapa pekerja sumber luar dengan pendapatan tahunan sekitar RM35 juta.

“Bekerjasama dengan pesaing untuk mencipta peluang bagi memenuhi keperluan pelanggan”


Apakah kekuatan syarikat anda?
Dalam perniagaan ini, saya mengambil peluang untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan baru dan juga bekerjasama atau saling melengkapi dengan pembekal sedia ada untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Ia bukannya untuk menamatkan persaingan, sebaliknya kami mencari jalan untuk tidak bergantung hanya kepada satu pelanggan utama dan juga mempelbagaikan lagi pangkalan pelanggan kami. Saya berasa gembira kerana mempunyai pasukan yang berdedikasi dan setia bekerja bersama saya. Kerja berpasukan adalah amat penting untuk sesebuah organisasi agar kita menghala kepada matlamat dan tujuan yang sama untuk mencapai kejayaan sekarang dan di masa hadapan.

Bukan setakat itu, saya juga meluangkan masa untuk kebajikan pekerja-pekerja saya, membantu mereka menyelesaikan masalah agar mereka dapat memberi tumpuan pada kerja dan memberi penghargaan atas kerja keras mereka.

Ketelusan, latihan dan penghargaan kepada para pekerja juga penting untuk pembangunan diri dan kecekapan tinggi.

Apakah pengalaman anda ketika pandemik COVID-19?
Kami berasa lega kerana masa PKP pertama diumumkan pada bulan Mac 2020, syarikat-syarikat logistik adalah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Selain itu, pakej bantuan PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri juga telah memberi bantuan serta dorongan kepada kebajikan rakyat dan pemilik perniagaan.

Apakah nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru?
Keuntungan dan aliran tunai adalah sangat penting untuk mengekalkan perniagaan. Usahawan atau pemilik perniagaan seharusnya saling melindungi dan bantu-membantu agar dapat mengekalkan margin keuntungan yang sihat untuk kebaikan dan kemanfaatan kita semua. Tanpa margin keuntungan yang berpatutan, perniagaan sukar kekal dan mungkin menyebabkan perniagaan anda terpaksa ditutup.

   Mr Kendric, pemenang ‘Golden Bull Award` bersama pasukannya pada tahun 2018


Apakah rancangan anda untuk masa depan?
Saya mempunyai beberapa perancangan, antaranya adalah membuka lebih banyak gudang bagi mengembangkan perniagaan saya, salah satunya ialah gudang seluas 50,000 kaki persegi di Jenjarom.

Selain itu, saya akan meneroka ke segmen pembungkusan semula untuk meningkatkan sumber jualan kerana margin keuntungan kini adalah semakin tipis disebabkan persaingan yang sengit dalam pasaran.

Saya juga berharap dapat menyediakan 60 peluang pekerjaan tambahan dalam masa 5 tahun yang akan datang.