Bagaimanakah anda memulakan perniagaan ini?
Saya telah mulakan sebuah syarikat dengan bekas rakan kongsi saya pada 8 tahun yang lepas dengan sebidang tanah seluas 20 ekar yang terdiri daripada 4 ladang. Selepas 5 tahun, saya menubuhkan syarikat Farmiera Contract Farming dengan aktiviti-aktiviti utamanya sebagai pembekal ayam pedaging kepada pelanggan kami. Perniagaan kami yang lain termasuk sebagai pembekal anak ayam dan makanan. Pada masa ini, kami mempunyai purata jumlah pengeluaran sekitar 6 juta ekor ayam pedaging setiap tahun dan ianya dibekalkan kepada beberapa pasar raya utama seperti Segi Fresh, Hero Market and Checkers.
“Bersedia untuk belajar perkara baru untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan jangan takut gagal.’’ |
Apakah kekuatan syarikat anda?
Syarikat kami mempunyai pekerja yang berkemahiran untuk menguruskan syarikat sepanjang tempoh COVID-19. Kami berasa amat lega kerana mampu bertahan sepanjang tempoh ini dan sekarang syarikat kami dalam proses pemulihan. Pasukan pengurusan saya sangat berpengalaman dan kebanyakannya berasal dari industri yang sama. Mereka menggunakan kepakaran mereka dari segi pengurusan dan penyusunan semula supaya operasi menjadi lebih cekap dan efektif. Produktiviti kami bertambah baik dan kosnya juga dapat dikurangkan dengan ketara.
Kami juga mencebur dalam teknologi terkini dan salah satu inisiatif kami adalah menukarkan tanah reban ke slat kubikel untuk meningkatkan kebersihan, mengurangkan kos serta dapat meningkatkan pengeluaran. Bio sekuriti adalah satu lagi teknologi yang juga kami laburkan dengan tujuan membebaskan residu antibiotik dan juga mengurangkan penggunaan ubat supaya ayam pedaging menjadi lebih sihat.
Apakah pengalaman anda ketika pandemik COVID-19?
Kami menghadapi kekurangan pekerja asing ketika tempoh PKP. Kos logistik juga meningkat disebabkan permintaan yang tinggi. Ayam adalah barangan harga terkawal, oleh itu kami hanya boleh cuba mengurangkan kos untuk memaksimakan keuntungan kami.
Apabila permintaan rendah, kami akan menyimpan ayam pedaging dan menjualnya dalam keadaan beku untuk mengurangkan pembaziran.
Apakah nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru?
Pengetahuan dan pengalaman adalah amat penting. Bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan tanya banyak soalan kerana ini akan meningkatkan pengetahuan anda. Bersedia untuk belajar perkara baru untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan jangan takut gagal.
“Bersikap kreatif dan inovatif dalam cara-cara mengurangkan kos operasi untuk memaksimakan keuntungan.” |
Apakah rancangan anda untuk masa depan?
Pada masa ini kami memiliki 9 ladang sendiri dan juga bekerjasama dengan 30 petani kontrak di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Perancangan perniagaan kami adalah untuk meningkatkan jumlah pengeluaran setiap tahun dari semua ladang, petani kontrak dan juga kilang sembelih. Produktiviti di ladang peternakan juga meningkat bagi menyokong aktiviti pengeluaran.
Keuntungan untuk industri ini adalah terhad kerana harga ayam adalah harga terkawal namun kami akan berusaha untuk mengurangkan kos dengan penggunaan teknologi terkini untuk terus meningkatkan keuntungan.