Polisi Antirasuah dan Penyelewengan
SJPP mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. SJPP komited untuk memerangi rasuah dan penyelewengan dalam semua urusan, memberi tumpuan meningkatkan tahap pematuhan integriti, memastikan pengurusan perniagaan yang beretika dan penuh professionalisme.
Semua pegawai Syarikat dan rakan kongsi perniagaannya diharap mengamalkan prinsip kelakuan beretika, integriti, keadilan dan akauntabiliti seperti yang dinyatakan dalam Polisi Antirasuah dan Penyelewengan.