Skim Special Relief Facility (SRF)
- Objektif
Untuk membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek syarikat-syarikat PKS yang terjejas berikutan penularan jangkitan COVID-19
- Had Skim
RM7.5 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara tidak berputar sehingga tamat tempoh Skim)
- Tempoh Jaminan
Sehingga 5.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan
- Tempoh Permohonan Jaminan
Dibuka dari 6 Mac 2020 sehingga had sumber dana habis digunakan atau sehingga tamat pada 31 Disember 2020, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan
Modal Kerja
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh sahaja
- Had Pembiayaan
Minimum: RM75,000.00 sahaja
Maksimum: RM1.0 juta sahaja
- Jaminan Perlindungan
Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan
0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sumber Dana
Bank Negara Malaysia melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Kadar Faedah/ Keuntungan
Sehingga 3.5% setiap tahun termasuk yuran jaminan SJPP