Sebagai usahawan, semestinya pelbagai cabaran dan rintangan harus di hadapi. Apa yang penting adalah bagaimana usahawan PKS itu bersedia untuk menghadapi hari-hari sukar dan berdepan dengan cabaran ekonomi global pada hari ini. Ikuti temubual bersama Pengarah Eksekutif Sumisaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), Encik Norazlam Norbi bersama ahli pengurusan tertinggi SSTCM berkongsi cerita dan pengalaman mereka.
Boleh kongsikan latarbelakang perniagaan anda?
SSTCM adalah usaha sama antara Sumisaujana Sdn Bhd (Sumisaujana) (60%) dan TCM Chemicals Inc (TCMI) (40%). Kegiatan utama SSTCM adalah menghasilkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lapangan minyak, bahan tambahan khas dan kimia.
SSTCM bersama-sama dengan Sumisaujana telah mengembangkan, memasarkan dan membekalkan produk kimia kepada pelbagai pemain industri minyak dan gas di Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah, Afrika Utara dan juga Amerika Syarikat.
Pada tahun 2012, SSTCM telah mengorak langkah dengan memulakan pengoperasian kilang pembuatan bahan kimia khas. Produk dan bahan kimia khas, dan aditif khas kami telah digunakan di dalam pelbagai industri seperti minyak & gas huluan dan hiliran, sarung tangan getah, perubatan dan industri kimia lain.
Kini, lebih daripada 80% produk SSTCM adalah untuk pasaran eksport, di mana kami membekalkan produk kami kepada pelbagai operator minyak dan gas, operator Petrokimia, syarikat perkhidmatan dan pengedar yang terdiri daripada syarikat multinasional di seluruh Asia Pasifik, Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Utara.
Kami mempunyai pejabat dan perwakilan di Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi meningkatkan jualan di pasaran global.
Apakah cabaran anda berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global akibat Covid-19?
Penularan wabak Covid-19 telah mempengaruhi cara kami menjalankan perniagaan seharian. Yang pertama, semasa ancaman wabak ini, kami harus memantau keselamatan dan kesihatan kakitangan. Kami telah menerapkan amalan dan polisi Kesihatan, Keselamatan, Sosial, dan Alam Sekitar (HSSE) bagi memastikan kakitangan SSTCM selamat di tempat kerja dan di rumah serta ketika mereka berinteraksi dengan komuniti masing-masing.
Untuk makluman, kami mengadakan mesyuarat secara maya dan ianya memerlukan masa untuk dibiasakan, kerana ianya adalah norma baharu. Jadual kerja juga diselaraskan untuk memastikan jumlah kakitangan yang optimum hadir di kilang, seterusnya memastikam keadaan di tempat kerja selamat dan terjamin.
Yang kedua, kami harus menangani cabaran rantaian bekalan yang disebabkan oleh gangguan rangkaian logistik global. Kami fokus dalam usaha untuk memastikan perolehan, pengeluaran dan perancangan penghantaran yang dinamik, biarpun berada dalam kekangan dari segi sumber, dan muatan ketika cabaran ancaman pandemik Covid-19 di pasaran global. Kami amat bersyukur kerana SSTCM berjaya memenuhi permintaan pelanggan tepat pada masanya sehingga ke hari ini.
Kami juga sangat gembira kerana tidak perlu mengurangkan jumlah kakitangan semasa menghadapi cabaran ini. SSTCM mempunyai lebih 100 kakitangan, jadi, kami perlu menjaga kebajikan mereka. Siapa sangka, Covid-19 memberi kesan yang begitu mendalam kepada setiap individu di dunia? Masyarakat serata dunia harus hidup dengan norma baharu, contohnya, menjalankan kerja dengan cara yang berbeza dari kaedah tradisional, iaitu bekerja di pejabat atau kilang.
Apakah keunikan atau kekuatan produk dan perkhidmatan SSTCM?
Kami menyediakan penyelesaian berprestasi tinggi untuk memenuhi keperluan khusus para pelanggan termasuklah perkhidmatan perundingan, Pembuatan & Pengadunan Kimia, Perkhidmatan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Makmal, serta Perkhidmatan Operasi Lapangan.
SSTCM mempunyai empat tunggak utama bagi memacu perkembangan perniagaan sepanjang tahun. Pertama, Kajian dan Pembangunan (R&D) serta penyelesaian teknikal. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, kami melalui beberapa proses teknikal termasuklah R&D intensif atau melalui metadologi pembangunan produk. Pada masa ini, beberapa produk SSTCM didaftarkan di bawah hakcipta Harta Intelek di seluruh dunia.
Kedua, kami sentiasa memenuhi tuntutan pematuhan ketat terhadap peraturan dalaman dan luaran, serta prosedur HSSE.
Ketiga ialah pelanggan dan kualiti menjadi keutamaan kami. Bagi memenuhi piawaian ketat di seluruh dunia, kami memastikan produk kami mencapai kualiti dan kawalan yang optimum.
Keempat, kami amat berbangga kerana telah mewujudkan dan mengembangkan bakat tempatan dalam beberapa bidang, antaranya adalah Kimia, Proses dan Kejuruteraan, HSSE, Pematuhan dan Perundangan serta Tadbir Urus Korporat.
Apakah pencapaian terkini dan perancangan masa depan SSTCM?
Dari segi pertumbuhan modal insan, SSTCM telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dengan kadar pertumbuhan dari tahun ke tahun kira-kira 18% dan menyumbang kepada transformasi sosio-ekonomi tempatan serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Pada tahun 2011, kami hanya mempunyai 18 kakitangan, terdiri daripada pihak pengurusan, pengendali teknikal, penyeliaan profesional dan operator kilang. Dalam tempoh 9 tahun, SSTCM mempunyai seramai 105 kakitangan, terdiri daripada pengurusan, penasihat, profesional, teknikal dan penyeliaan, pekerja sokongan, operator kilang serta pekerja sambilan.
Selain itu, kilang pembuatan SSTCM berupaya mencapai kapasiti lebih dari 10,000 Tan Metrik setiap tahun dan mampu menghasilkan lebih dari 60 produk yang berbeza pada bila-bila masa.
Kilang ini juga menempatkan makmal Penyelidikan & Pembangunan serta jaminan kualiti yang lengkap.
Ahli Pengurusan Tertinggi SSTCM |
Di samping itu, prestasi bagi segmen pembuatan adalah baik, walaupun terdapat cabaran pasaran global dalam beberapa tahun ini. Pertumbuhan tersebut diharapkan akan berlanjutan pada tahun-tahun akan datang, kerana didorong oleh perkembangan dan penjualan serantau. Kami merancang untuk mengembangkan kilang pembuatan kami. Kami juga ingin mempelbagaikan sumber pendapatan melalui beberapa projek global. |
Apakah nasihat anda kepada usahawan baru? |
Kilang SSTCM |