Skim SME Automation and Digitalisation Facility (ADF)
Skim SME Automation and Digitalisation Facility (ADF) telah digunakan sepenuhnya, dan permohonan kini ditutup
- Objektif:
Untuk memberi insentif kepada syarikat-syarikat PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti
- Had Skim:
RM300 juta (dengan pengunaan Jaminan secara tidak berputar sehingga tamat tempoh Skim)
- Tempoh Jaminan:
Sehingga 10 tahun
- Tempoh Permohonan Jaminan:
Dibuka dari 6 Mac 2020 sehingga had sumber dana habis digunakan atau sehingga tamat pada 31 Disember 2021, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan:
Membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh sahaja
- Had Pembiayaan:
Minimum: RM75,000.00 sahaja
Maksimum: RM3.0 juta sahaja
- Jaminan Perlindungan:
Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sumber Dana:
Bank Negara Malaysia melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Sehingga 4.0% setiap tahun termasuk yuran jaminan SJPP