Kelayakan untuk SRSBBT

Image

Kelayakan untuk SRSBBT

  • SRSBBT terbuka kepada semua syarikat*, pemilikan tunggal**, perkongsian** atau perkongsian liabiliti terhad** dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia, dan terlibat dengan operasi berkaitan dengan Sewa ‘Charter’, lawatan, pengangkutan antara negeri, pengangkutan ekspress, bas sekolah, bas kilang dan teksi;
  • Cukai jalan kenderaan mesti diperbaharui dan tarikh luputnya haruslah pada atau selepas 30 September 2019, atau kenderaan tersebut telah diperiksa oleh Puspakom Sdn Bhd dan memiliki sijil pemeriksaan yang bertarikh pada atau selepas 30 September 2019;
  • Pada masa permohonan untuk SRSBBT, usia kenderaan bagi bas tidak boleh melebihi 12 tahun, dan teksi tidak boleh melebihi 9 tahun;
  • Kemudahan pembiayaan sewa beli dan kredit sedia ada yang akan distruktur semula tidak mempunyai tunggakan lebih dari 3 bulan sebelum 30 September 2019; dan
  • Jika Penyewa mempunyai kemudahan pinjaman dan/ atau pembiayaan lain yang dijamin di bawah SRSBBT atau lain-lain skim jaminan yang diuruskan SJPP bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana ("PKS"), mestilah tiada tuntutan bagi skim-skim tersebut.

Kelayakan juga tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain
*Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
**Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956