Skim Jaminan Kerajaan - Prihatin (GGS-Prihatin)

GGS-Prihatin telah digunakan sepenuhnya, dan permohonan kini ditutup

  • Had Skim
    RM6.0 bilion
  • Tempoh Jaminan
    Pembiayaan selama tidak melebihi 10 tahun
  • Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka untuk permohonan sehingga 31 Disember 2020, atau sehingga had RM6.0 bilion habis digunakan yang mana lebih awal
  • Tujuan Pembiayaan
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM75,000.00 sahaja
    Maksimum: RM20.0 juta sahaja

    Had pembiayaan tertakluk kepada had pembiayaan Kumpulan yang tidak melebihi RM20.0 juta untuk semua skim yang diuruskan oleh SJPP, termasuk kemudahan ini.
    Definisi kumpulan adalah syarikat-syarikat di bawah kumpulan yang sama melalui pegangan saham (pegangan 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan) dan penjamin berkait.
  • Jaminan Perlindungan
    Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan
    • Sekiranya had agregat Kumpulan* termasuk pembiayaan GGS-Prihatin ini adalah dalam lingkungan RM10.0 juta - 0.75% setahun dibayar terdahulu
    • Sekiranya had agregat Kumpulan* termasuk pembiayaan GGS-Prihatin ini melebihi RM10.0 juta dan sehingga RM20.0 juta - 1.0% setahun dibayar terdahulu untuk bahagian kemudahan GGS-Prihatin yang melebihi RM10.0 juta
      * Seperti yang ditentukan di dalam Had Pembiayaan di atas
  • Sumber Dana
    Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia (‘All Economic Sectors Facility’)
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat