Mengenai Skim Jaminan Kerajaan

Syarikat-syarikat PKS menghadapi pelbagai rintangan untuk memperolehi pembiayaan pinjaman termasuk bagi menyediakan cagaran yang mencukupi, serta berhadapan dengan kos pembiayaan yang tinggi. Oleh itu, skim-skim jaminan oleh Kerajaan Malaysia merupakan pililhan alternatif bagi syarikat-syarikat PKS untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan tanpa perlu menyediakan cagaran yang merupakan syarat yang diperlukan oleh institusi-institusi kewangan. Dengan skim-skim jaminan ini, Kerajaan Malaysia akan menjamin dan melindungi institusi-institusi kewangan bagi pembiayaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat PKS sehingga 80% dari jumlah pembiayaan.

Bermula dari tahun 2021, sebanyak 6 skim jaminan ditawarkan dan ianya boleh di dapati di 21 institusi-institusi kewangan yang terlibat sehingga tahun 2035, atau sehingga had skim telah digunakan sepenuhnya :