Skim Jaminan Proses Automasi (SJPA)
- Had Skim:
RM3.0 billion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
- Tempoh Jaminan:
Selama 17 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
- Ketersediaan/ Tempoh Permohonan Jaminan:
Dibuka dari 1 Januari 2018 dan ditutup selepas penggunaan penuh had Skim sehingga RM3.0 bilion sahaja atau sehingga tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
- Had Pembiayaan:
Minimum: RM100,000.00 sahaja
Maksimum: RM10.0 juta sahaja
- Jaminan Perlindungan:
Jaminan 70% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sumber Dana:
Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat
Peminjam-peminjam SJPP yang layak juga akan menikmati rebat 2% pada kadar faedah/ keuntungan yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat. Tempoh sah adalah sehingga tahun 2022.