Soalan-Soalan Lazim

GGS-Prihatin
Apakah kriteria kelayakan untuk GGS-Prihatin?
Secara amnya terdapat tiga (3) kriteria utama
  1. Pemohon mestilah syarikat PKS, di mana:
    Bukan Pembuatan: Syarikat dengan perolehan jualan tidak melebihi RM20.0 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja
    Pembuatan: Syarikat dengan perolehan jualan tidak melebihi RM50.0 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja
  2. Pemohon mesti diperbadankan di bawah:
    • Pendaftaran Akta Perniagaan 1956
    • Akta Syarikat 1965 atau 2016
    • Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
    • Pejabat tempatan dan daerah Sabah dan Sarawak
    • Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional
  3. Majoriti saham mestilah dipegang oleh rakyat Malaysia.
Terma-terma dan syarat-syarat lain mungkin ditetapkan bergantung kepada profil dan penilaian kredit syarikat oleh insitusi-institusi kewangan dan SJPP.