Polisi Tiada Hadiah

SJPP mendukung polisi toleransi sifar yang ketat terhadap rasuah dan penyelewengan. Bagi memperkukuhkan komitmen tersebut, kami telah melaksanakan Polisi Tiada Hadiah.

Polisi ini membenarkan pengecualian-pengecualian khusus dengan syarat ianya dilakukan secara telus, menggunakan nama Syarikat dan tidak mewujudkan sebarang konflik kepentingan atau mempengaruhi keputusan. Jamuan makan semasa mesyuarat atau rundingan berkaitan perniagaan adalah dibenarkan, sekiranya dilakukan dalam keadaan sederhana. Selain itu, hadiah-hadiah bukan tunai yang bernilai nominal – seperti barangan promosi, hadiah-hadiah korporat atau hamper-hamper perayaan boleh diterima. Walau bagaimanapun, wang tunai atau yang setara adalah dilarang sama sekali.

Terima kasih atas pemahaman dan kerjasama anda dalam mengekalkan integriti operasi kami.